BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Selasa, 18 Januari 2011

~~IBUBAPA SENDIRI PONDANKAN ANAK~~



Salam semua................

Hari ni rasa macam nak beremosi sikit...title kat atas tu pun dah agak gempak jugak bunyinya...
rasa macam di sentap2 pulak nak bercakap tentang hal ni...dari malam tadi dah meluap2..
tapi di sebabkan mata dah tak boleh nak tongkat dengan batanng mancis...
terpaksalah tunda jari yang nak menaip ni pada pagi ni...


Malam tadi,teralihlah siaran ke TV9...alah,tagline dia 'di hatiku' kalau x salah....
rasa nak tengok sebab ada rancangan kanak2 bersama kak Farah HOT FM tuh..
lebih hangat dari biasa...sesuai dengan suara farah yang ala2 serak kasar tuh..hehe.
nama rancangan tak pasti,sebab tengok2 dah nak habis dah...ALAHAI FAFAU kot...
rancangan tu rancangan ulangan ke @ yang terbaru pun tak pasti...

Yang buat saya terperanjat macam nak naik pokok bila ada segmen temubual ni...
dengan kanak2 ribena dalam usia tak sampai 6 tahun saya rasa..
sorang budak pompuan comel sorang  lagi budak lelaki...
yang lelaki ni saya tak tahulah nak kata comel ke tidak...bukan sebab muka dia tak comel
tapi penampilan budak lelaki tu memang betul2 buat saya ternganga sampai tak boleh tutup mulut...!

Boleh bayangkan budak lelaki yang berumur 5-6 tahun ni berambut panjang sampai ke pinggang...
0MG.......tak pernah saya terpikir ada ibubapa yang sanggup buat anak diaorang macam tuh...
ada faedah ke buat anak macam tuh..kalau perempuan tu tak heran lah...
nak panjang sampai ke kaki pun boleh..nak jadi macam rapunzel pun boleh..
tapi LELAKI.........LELAKI.......di ulang lagi.......LELAKI......
bukan ke ada peribahasa menyebut kalau nak melentur buluh,biar dr rebungnya...
kalau dah macam ni nak masak sayur pun dah tak sedap...

Bagi ibubapa kat luar sana,biar berpadalah kalau nak memodenkan anak..
bukan tak boleh nak bagi anak up to date...kalau dah mampukan..
saya juga bukanlah penceramah motivasi ke apa ke..
tapi sebagai ibu saya rasa terpanggil nak cakap isu ni..
saya minta maaf jika ada yang tak boleh terima..tapi ini perkara hakikat..
ibu bapa sekarang suka menyalahkan media masa kini..
tapi mereka tak sedar sebenarnya pendidikan kat rumah sendiri
yang merosakkan jiwa anak anak kita...

Dalam kita nak menangani kes2 golongan lembut,gay dan sebagainya
eloklah kita berwaspada..lebih berjaga2 dalam kita mendidik anak kita
anak2 ni ibarat kain putih selepas di lahirkan
jadi kita sebagai ibubapa yang mencorakkan mereka
nak berjalur ke,bertompok ke,bercapuk ke...jadi..tepuk dada,tanya selera

Cukuplah rasanya saya membebel pagi-pagi ni..
bak kata nabil 'LU PIKIRLAH SENDIRI'....


Kan comel budak lelaki rambut pendek....






0 luv 4 me: