BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sabtu, 8 Januari 2011

~~Masih Relevan Mak Tiri Di label JAHAT??~~

Salam semua...................


Mengotakan janji saya sebelum ni nak buat entry tentang mak tiri....dengan persoalan
MAK TIRI JAHAT?Tak pasal2 pulak saya emosional tentang mak tiri ni..tapi mengenangkan
seorang sahabat saya yang berada di dalam dilema yang maha dasyat...saya buat juga entry ni..
motif??...ermm..lebih kepada luahan je lah,tak berniat nak memburukkan sesapa pun kat sini..
rasanya saya akan menulis panjang sikit ni..harap tak jemulah yer..:)


Ok...saya namakan sahabat saya ni Dottie(bkn nama sebenar..huhu)...Dottie ni di lahirkan dalam
keluarga tunggal dan merupakan anak angkat kepada seorang peneroka di sebuah tanah rancangan
kat mana?negeri takda sultan...hehe!Nak di pendekkan citelah dottie ni dari kecil dah tau dia ank angkat
dan bertambah sedih kisah hidup dia bila besar dia terasa nak jumpa keluarga kandung dia..di beritahu
pula dia mungkin anak luar....paham?takkan tak pahamkan...so..paham2 jelah macam mana sedih dottie ni
tapi sepanjang saya kenal dottie,dia memang kawan yang baik dan tabah hadapi dugaan dan terima diri dia
yang tak tahu asal usulnya..


Pendekkan lagi cerita,2 tahun lepas mak angkat dia meninggal dan bapa angkat dia berkahwin pulak dengan
sorang janda juga dari tanah rancangan berdekatan situ jugak..setelah ayah angkat dottie kahwin lagi nilah
bernula semula kisah sedih yang membawa dia ke tahap stress yang terlampau,tahap nak makan orang dan
sebagainya lah...huhu..


Nak di jadikan cerita,mak tiri angkat dia ni memang dasyat punya perangai!!Kalau bebudak sekarang ni panggil
pisau cukurlah..sedangkan ayah angkat dottie ni bukanlah berharta sangat pun..setakat 10 ekar tanah rancangan
tu jerlah..mungkin sebelum kahwin ayah dottie ni pandai main ayat kot..hehe..jadi terpikatlah mak janda ni..
Al kisahnya lah.....tapi bila dia dah tahu hal sebenar,barulah dia tunjuk belang perangai sebenar dia..sedangkan
sebelum kahwin punyalah baik...katanya...


Baru2 ni dottie ni melangsungkan pertunangan..masa majlis merisik tu jer dottie memang dah makan hati tengok
perangai mak tiri angkat dia ni...mintak yang bukan2 kat keluarga lelaki sampai keluarga lelaki naik boring ler......
sedangkan perjanjian dah buat sebelum tuh..tapi bila majlis lain pulak jadinya..ok,ni masih tak jahat lagi...tungguuuuu!


Sekarang ni dottie dah ambil keputusan nak bersanding pertengahan tahun ni..yang jadi masalah mak tiri dia ni semua
nak ambil tahu dan masuk campur...kalau masuk campur hulur duit takpa...ni pakai erkkkkkk....je bolehlah...peninglah si dottie
ni..dia bulanlah gaji besar..setakat gaji P.A dekat syarikat kecik berapalah sangat..


Dia pulak tak nak memberontak sangat,bila balik rumah mak tiri dia dia buat biasa jer..tak nak pula kerana dia ayah dia
bercerai berai...walaupun dia tak senang balik sana..antara sebabnya lah rumah mak tiri dottie ni memang kotor giler.
kalau keluar bukan main lawa lagi..umur dah 50++ macam 40++..tapi rumah?huh!menangis tengok!dia pulak tak dapat
balik rumah arwah mak dia sebab mak tiri tak kasik sangat ayah dia balik sana.


Duit hasil kebun kalau boleh dia semua nak handle...Rancangan jahat mak tiri dia bertambah teruk bila baru2 ni ayah
dottie terima duit pajak kebun..puluh riban gak lah..ayah dottie memang nak gunakan duit tu untuk majlis sanding
dottie pertengahan bulan ni,,tapi isteri dia yang 'sopan santun' sangat ni tak bagi...asyik2 dottie...asyik2 dottie...
dia cakaplah..siap pakat anak beranak nak kenakan ayah dottie ni..duit tu nak bawak g melanconglah,kalau nak bg
dottie pun rm50 jer.....huh...setakat rm50 nikah kat pejabat agama je lah gamaknya kot...!


Siap ugut lagi,kalau ayah dottie berani buat hal..dia nak hantar orang pukul..yang saya sedih sangat tu tergamak jugak
dia tuduh dottie ni ada hubungan dengan ayah dia..kalau bermesej macam orang bercinta kata dia..dia tak tahu mesej tu
penuh ngumpat ngata dia jer..yang bodohnya jugak anak2 mak tiri dottie ni...semua orang belajo tinggi,keja gomen,doktor
tapi otak letak kat lutut..sanggup bersekongkol dengan mak sendiri buat kerja jahat..


Moral of d'story ni...harta,wang ringgit ni memang boleh membutakan manusia dengan sifat kemanusiaan...
Jika di beri amanah tu kenalah jujurkan...barulah hidup ada..........kaf ba ra kaf alif ta nun..KEBERKATAN!!
Semoga kita semua di jauhkan dengan sifat2 syaitan ni...dan doakan lah kawan saya,dottie ni dapat selesaikan
masalah dia dengan baik dan majlis sanding akan berlangsung jua....aminnnnnnnnnnnn!












luv stories;









2 luv 4 me:

shazmonaz berkata...

salam.. balas persinggahan tempoh hari..

LINDA ALEEQA berkata...

terima kssih...shamonaz