BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Isnin, 14 Mac 2011

Potato Spring Dan Puding Susu Buah-Buahan

As salam semua.......

Hari ni mood makan,lapar je sepanjang hari
ni bukan kes mengandung pun,kes perut tak reti bahasa
pagi dah makan lontong,tengahari kenyang lagi
petang makan mee bandung dan soto
kongsi 3 beranak dengan en. suami dan harraz

Petang tadi teringin pulak nak buat puding
suruh en. suami pergi kedai beli bahan
tup2 balik kedai,bawak sekali potato spring!
waaaaaaa..sedapnya!perisa cheese!
selama ni teringin sangat nak makan
ada tengok dalam tv je,tak sangka pulak
dah ada jual kat taman ni...hoorey!

Sabtu, 12 Mac 2011

Ngidam Asam Jawa Terengganu

As salam semua..............

Bila mengandung ni memang ngidam yang bukan-bukan
kalau yang senang cari,takpe lah...senang beli kat kedai
kalau jenis yang kena turun bukit  naik gunung...payah!
masa 1st pregnant,saya ngidam daging landak
sampai sekarang tak dapat lagi..sebab tu harraz keluar air liur..
apa kena mengena dengan mengidam..entahlah!

La ni saya nak sangat asam jawa pantai timur nu.........
dulu masa duduk kuantan,kalau pergi terengganu
suka sangat dengan asam jawa kering ni
orang terengganu pun ada yang tak suka
tapi saya punya suka...jangan cakaplah..

Jumaat, 11 Mac 2011

Minta Maaflah Terbenci Sekejap Dengan En. Ben Ashaari

As salam semua...........

Korang percaya tak dengan tajuk entry ni?
harap korang percayalah...ni betul2 ni
bagi peminat2 tegar en. Ben janganlah hunus pedang lak
ingat saya ni ibu mengandung...hah...ada berani?

Sebelum ni sayalah pembaca setia blog en. Ben ni
setiap kali entry dia keluar yang entah berapa kali sehari tu
setiap kali tulah saya akan klik blog tu tanpa segan silu
pernahlah 1-2 tinggalkan komen,yang lain baca dengan senyap
setiap tutur kata en. Ben ni...ermm...penulisanlah lebih tepat
akan menusuk2 ke jantung saya ni,sungguh menggoda
menggoda untuk membaca lagi,bukan ketak badannya!