BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Isnin, 28 Februari 2011

Paparoti Atau Mamaroti?

As salam semua..........

Alhamdulilah,tuan tanah blog cutelovestories ni dah sihat
dah boleh nak mengadap laptop..hihi...berkat doa semua
so...untuk entry pertama selepas sembuh, entry makanan.hihi!
bukan apa buat penaik semangat...bukan penaik badan yer...
(haha..alasan!)

Ahad, 27 Februari 2011

Betul Betul Sakit

As salam semua..........


Terima kasih yer linda ucapkan
pada blogger2 yang masih sudi menjengah blog ni
walaupun tuan tanah tak sempat berupdate berhari hari
linda bukan sengaja,malas atau tiada kesempatan
tapi...........saya memang sakit,tidak berapa sihat


Doakan yer kesihatan saya beransur pulih seperti biasa
tak larat rasa nak menanggung tetapi gagahkan juga
masih ada tanggungjawab pada anak dan en. suami
kalau masih bujang,mahu makan tidur saja di buatnya!


Memang tak larat nak menaip panjang...
bila kesihatan saya dah beransur baik
saya akan blogwalking laju2 yer!hehe!






Rabu, 23 Februari 2011

Tersepit Celah 2 Lori!

As salam semua................


Alhamdulilah,masih lagi bernafas...
kalau tidak,tak dapat ler pulak update entry ni
masih di beri peluang bernafas di bumi Allah ni
masih di beri peluang untuk melihat panorama
indah yang Allah cipta...
masih di beri peluang untuk menambah ibadah
yang terlalu sedikit berbanding dosa.....!


Perasaan megah sentiasa jadi penghalang manusia
bila ada di atas,di bawah lupa di jenguk
bila ada duit berlebihan,lupa untuk meghulur bantuan
bila ada emas berkepuk,lupa membayar zakat harta
bila ada pekerjaan baik,lupa dengan kerja yang kotor
bila ada kenderaan yang besar,lupa sengsara yang kecil

Selasa, 22 Februari 2011

Give Away Dari Magrib



KLIK SINI kalau nak joint yer...
dah nak tutup dah...28hb Feb 2011

Magrib suruh buat entry ringkas jer....ahh...x kira nak panjang lebar gak...

kenapa nak masuk give away ni :

jawapan jujur~~ 
nak hadiah dari singapore!

jawapan kurang benar tapi kenyataan~~ 
sebab saya suka sembahyang maghrib!
sebab tu nak joint give away dari magrib....
selain tu saya juga suka baca blog magrib...
banyak ilmu ilmiah(ayat nak menang!)

follow blog~~ 
lama dah follow dengan ikhlasnya!

sesi mengetag~~ 
pilih anak sedara sendiri,kalau dia menang leh share hadiah(strategy!)



p/s: pilihlah ibu mengandung jadi pemenang...banyak pahala tu!


Isnin, 21 Februari 2011

Berak Bawah Pokok!

As salam semua.......


Lama rasa tak buat entry mengimbas cerita kecik2 dolu..
semenjak mabuk2 ni,nak pandang laptop pun tak boleh
apatah lagi nak berblogwalking...alamak berkayuh ler
nak sampai...huhu!
tapi di sebabkan sayang dengan blog ni
laratkan diri jugak nak buat entry ni...hah,kena baca yer
hargai ler ibu2 mengandung ni...hehe!


Masa saya kocik2 dulu saya ni manja yang amat!
walaupun ada adik lelaki bawah saya,pedulik hapa
buat2 tak pandang2 je adik tu,mak dengan ayah bosan je
nak pergi ke mana semua nak ikut,kalau tidak conpem
1 felda dengor suara saya yang manja2 garau tuh!





















Jumaat, 18 Februari 2011

CONTEST NAMA BABY SAYA



As salam semua..................


Nak joint ke??boleh klik blog EZAN IDMA,IDMA TEXTILE



HARRAZ FIEDTRI
Ayah Harraz: HAMKA
Ibu Harraz: HALINDA

Harraz bermaksud/bermakna : Yang sangat warak

Saya sendiri yang pilih...kerana maknanya dan nak jugak nama baby dari huruf H..hehe!

Kenapa pilih nama Harraz :


Alhamdulilah...mulanya memang berat nak letak nama ni..
takut terlalu besar bagi baby..tapi saya berfikiran positive.
kalau kita sebagai ibubapa yang tak membimbing Harraz
menjadi manusia yang berguna dan warak,InsyaAllah...siapa lagikan...
semoga nama ni akan seiring dengan kejayaan Harraz besar nanti..Amin!

Fiedtri bermaksud/bermakna : Semulajadi

Asal perkataan Fiedtri di ambil dari FITRI..Fiedtri telah dikomersialkan..hehe!

Kenapa pilih nama Fiedtri :

Sebenarnya masa ambil nama fitri ni tak memandang makna di sebalik nama tu..
Harraz Fiedtri dilahirkan tepat pada Hari Raya Aidilfiitri yang ke 2 tahun 2009
jadi untuk kenang-kenangan en. suami nak letak Fiedtri di belakang nama Harraz..
kebetulan pula ada maksudnya semulajadi...

terbinalah..
Harraz Fiedtri : Yang sangat warak semulajadi... 


Ok...contest berakhir 1 Mac yer...selamat mencuba!

















Khamis, 17 Februari 2011

Mabuk Tengok Skrin Laptop Dan Tips Hilangkan Mabuk



As salam semua........


Minta maaf kepada blogger yang blogwalking di cutelovestories..
dah takda cerita2 cute yang keluar di entry..
takda entry2 terbaru yang panas atau suam2 kuku..
sesungguhnya saya amat2 memerlukan rehat sekarang..
saya mabuk tengok skrin laptop............huhu!
ini cerita benar yer...bukan cobaan..hehe!


Sekarang saya masih di trimester pertama kehamilan..
saya memang mabuk teruk kali ni..
wahh...Allah mahu menguji saya dengan kesakitan ni..
beruntung saya di timpa mabuk awal2 lagi
walaupun perit nak melalui..
saya redha,saya menganggap inilah ujian Allah
yang ingin menghapus dosa2 saya..Amin!


Isnin, 14 Februari 2011

Pinky Episod 2,Anugerah Allah

As salam semua.....


Saya dah berjanji sebelum ni,kenapa saya kembali kepada pink..
warna yang lebih ceria dalam blog saya..berbanding sebelum ni..
dengan malu2 kambing saya ingin memberitahu saya sekarang
sedang membawa 1 lagi anugerah Allah dan amanat dari Nya..


Tanpa di jangka,malahan tidak terduga sama sekali..
saya berpeluang memegang amanah Allah ni..
saya telah di sahkan pregant @ dalam bahasa mengandung..hehe!
Alhamdulilah........memang saya tidak sangka sama sekali
dalam masa hampir 2 tahun saya di beri peluang ini sekali lagi




Kenapa saya kata tidak di duga..
kerana semasa kandungan pertama dulu,saya mengalami komplikasi 
yang agak teruk..sepanjang 9 bulan mengandung,saya memang bermasalah
rumah ke hospital kluanglah..tiap 2 minggu date dengan doktor pakar
saya juga pernah di masukkan ke ICU seminggu,itu saat paling teruk..
sehingga di beritahu saya akan kehilangan anak di dalam kandungan..
masa tu memang sedih...tapi alhamdulilah..baby saya kuat!


Allah memang maha berkuasa,kita ni manusia mampu merancang..
terbukti selama ni kata2 doktor tidak menjadi ampuh
jangkaan saya tidak berpeluang mengandung lagi sudah lenyap
apa yang saya harap..saya di kurniakan kesihatan yang baik
tiada komplikasi yang teruk kali ini berbanding dulu
doa dari keluarga,kawan2 semua amat saya hargai
doa dari blogger2 juga jika ada lagi saya hargai..
harapan menggunung...kali ini biarlah anak pompuan pula..huhu!
so...........pinky kembali lagi!hehe!



Ahad, 13 Februari 2011

Harimau Mati Meninggalkan Belang,Hosni Mubarak Jatuh.........

As salam semua.....

Bukan sibuk-sibuk nak bercerita tentang hal semasa..cuma nak berkongsi apa yang saya
rasa bila terjadi hal begini dalam duniawi kita..supaya rakyat Malaysia termasuk saya lebih
bersyukur dengan kedamaian yang ada di Malaysia ni...

Bila kita bercerita tentang pemerintahan..adatlah mesti ada yang suka,menyokong kita atau
tidak suka,menjadi pembangkang kita..tak kiralah di mana situasi pun,negara,istitusi,persatuan
atau di sekolah sekali pun...dua golongan ni pasti ada untuk menjadi rencah yang sempurna.
kalau tiada penyokong bagaimana mahu bergerak,maju,ke hadapan...tapi jika tiada pembangkang
bagaimana pula kita tahu kelemahan yang kita tidak nampak..supaya wujud daya saing untuk lebih
maju memperbaiki apa sahaja yang kita terajui..

Saya tak naklah berborak atau bercerita tentang Hosni Mubarak ni..saya bukanlah pemikir,penulis
atau pengkritik yang bagus..tapi apa yang saya nak tekankan di sini tidak kiralah di mana kita berada..
di bawah atau di paling atas,apatah lagi menjadi pemimpin...biarlah memimpin dengan ikhlas dan
saksama..jika kita tidak mampu membuat rumah di tepi pantai,tidak perlulah bersusah payah..cukuplah
menjadi pengunjung pantai yang setia...

Jika kita terlalu lama memjadi orang penting,pemimpin...biarlah kita undur diri semasa orang masa suka
dengan kita..orang masih setia dengan kita..orang masih memuji tentang kita...jika kita terlalu asyik
dengan pujian,hingga tidak mampu melepaskan tanggungjawab kepada orang lain..khuatir kita akan
jatuh atau di jatuhkan dengan keadaan yang hina..mungkin lebih hina dari keadaan kita.yang belum ada
apa-apa lagi..

Bairlah kita pergi meninggalkan nama yang menjadi sebutan yang indah!


Sabtu, 12 Februari 2011

Pinky Kembali Lagi

As salam semua........

Perasan tak blog linda dah berubah warna...dari warna gelap ke warna pink semula.
hehe...pink dan linda memang tak dapat dipisahkanlah...dah cuba warna lain,tapi tetap
pink atau purple di hatiku...korang perasan ke?tak er...huhu!Header pun dah tukar yang
lama...ok tak header ni,linda suka sebab dia simple dan sejuk mata memandang...mata
sayalah...mata orang lain,lain pendapat...




Jumaat, 11 Februari 2011

Istimewa Dan Pelik Kampungku

As salam semua...............


Terasa rindu dengan suasana kampung 20 tahun lalu..
rumah arwah atuk sebelah ayah dekat simpang rengam,parit 3
dekat dengan kawasan pertanian nenas yang kita belajar
geografi zaman sekolah-sekolah dulu..
kampung saya tu memang jauh ke pendalaman
depan rumah atuk ada sungai mengalir deras
banyak sangat harta karun dalam tu
sebab keluarga saya selalu tercicir barang kemas masa mandi..hehe


Dulu,masa hayat atuk,atuk ada 2-3 buah basikal tua
kalau balik kampung saya dengan arwah abang memang suka
ronda keliling kampung dengan basikal tua atuk..
wah...dia punya glamer jangan cakaplah..konon2 orang bandar
masuk kampung...dengan kasut tumit terbenam dalam tanah gambut..
sedangkan takdalah glamer sangat pun..tapi kalau di bandingkan penampilan
orang kampung dengan kami,memang jauh berbezalah..sekarang tidak lagi
orang kampung lagi bergaya dengan orang luar..hihi!

Rabu, 9 Februari 2011

Resipi Daging Lembu Salai

As salam semua..........

Untuk mengubat hati yang sedang duka nestapa,hari ni nak hadiahkan resipi buat julung2 kalinya!
sila ucapkan tahniah yer...bukan senang saya nak bagi resipi,bukan kerana kedekut...sebab orang tak pandai
masak ni payah nak bagi resipi...hehe!

Sesungguhnya Aku Sensitif~~

As salam semua..............

Sudah masuk hari ke 2 tidak meng update blog
hati rasa sunyi,hati rasa terusik
hati rasa gundah gulana,hati rasa resah
Rasa diri kerdil,rasa diri hina
rasa diri hilang di awang awangan
rasa diri terbang melayang-layang

Setelah usaha di jalankan
giliran kini berserah kepada Nya
Dia yang lebih mengetahui
Dia yang lebih memahami~~