Lama rasa tak buat entry mengimbas cerita kecik2 dolu.. semenjak mabuk2 ni,nak pandang laptop pun tak boleh apatah lagi nak berblogwalking...alamak berkayuh ler nak sampai...huhu! tapi di sebabkan sayang dengan blog ni laratkan diri jugak nak buat entry ni...hah,kena baca yer hargai ler ibu2 mengandung ni...hehe!
Masa saya kocik2 dulu saya ni manja yang amat! walaupun ada adik lelaki bawah saya,pedulik hapa buat2 tak pandang2 je adik tu,mak dengan ayah bosan je nak pergi ke mana semua nak ikut,kalau tidak conpem 1 felda dengor suara saya yang manja2 garau tuh!
Ada 1 hari raya aidilfitri yang paling bersejarah pernah di buat! kalau tak silap masa tu umur saya dalam 8-9 tahun,lebih kurang le ikut 'law' mak saya,hari raya ke 2 hari untuk menjengah sedara mara selalunya turn kampung ayah saya,adik beradik ayah umah keliling je senang le nak round beraya,tak payah pakai kereta,jalan jer...
Biasalah hari raya,setiap umah dah balun kuih dengan ketupat belum lagi air sejuk,panas dengan air botol bodoh pelbagai bila tiba turn umah adik perempuan ayah,Cik Tukir(ye..jawa yer) perut ni memang tak boleh tahan dah..meragam giler! cakap dengan ayah,nak berak(bahasa lembut buang air besar) ayah macam dengar tak dengar je,almaklum sibuk berbual nak cakap dengan emak jauh sekali,mak garangkan...takut ler!
Bila dah sampai tahap kronik,muka pun dah naik biru.. saya dengan sepantas kilat turun bawah rumah cari tandas dalam tandas pulak ada sepupu,nak panggil segannn! sebab sepupu sebelah ayah ni saya tak berapa rapat sangat pikir punya pikir kat mana agaknya nak melepaskan bencana dalam perut ni...!perut dah makin meradak dah... hah...nampak pokok rambutan baik punya rendang siap ada buah lagi bergayut2...rumah sebelah jauh sikit
Agak2 tengok line clear,apalagi terus ler mencangkung kat situ sekali teran,keluar semua harta benda dalam perut tu..hehe! sekali nak basuh pulak kat mana...nampak daun2 kering yang gugur tu...calit ke b**** t tuh...hehe....kan senang! bila dah siap,masuk rumah buat muka sedih! tiba2 boleh nangis pulak,sebab mungkin baru sedar buat salah! mak tanya kenapa...sebab saya jujur beritahu ler cerita sebenar apalagi...dapat ler penampar sedas...hehe! tapi macam biasa ayah ler yang pujuk..hehe...pergi bawak bilik air! hua....hua.........moral of d' story...lain kali lepas berak bawah pokok tak payah ler bagitau mak...hehe!
p/s:sampai sekarang cerita ni akan keluar bila pergi umah mak sedara ni huwaaaaaaaaaaaaaa...tak rela!
29,isteri kepada Hamka,ibu kepada Harraz,surirumah,meninggalkan bidang kerjaya untuk menikmati kehidupan seorang ibu,bekerja hanya dr rumah dan seorang hamba Allah yg kerdil
0 luv 4 me:
Catat Ulasan