Untuk makluman yang belum tahu,belum kawin ke,
kaum lelaki yang dah bersuami yang buat2 tak paham ke..
isteri bila mabuk semasa hamil memang azab yer..
tolonglah paham dan mengerti masalah isteri kamu yer..
mabuk,loya dan muntah semasa hamil memang mencabar..
dari segi mental dan fizikal..jadi sokongan suami amat perlu!
Nak bagi tips hilangkan rasa loyalah..
tadi saya search,terjumpa di sahabat interaktif..
sebab saya tak larat saya copy jer ayat dari sana..
1. Pada usia kehamilan minggu pertama - minggu ke 10,
ibu yang hamil amat memerlukan zat besi.
Dengan zat besi tersebut ianya dapat membantu ibu hamil
untuk menghilangkan rasa loya, muntah-muntah serta alahan
Ambil pil zat besi sebiji sehari bersama vitamin C.
Vitamin C membantu penyerapan zat besi.
Banyakkan pengambilan sayuran warna hijau tua
yang kaya dengan zat besi.
2. Amalkan madu, sesudu pagi (dan sesudu malam - optional)
ambil semasa perut masih kosong. Pastikan puan tidak mengambil
apa-apa minuman/makanan setengah jam selepas minum madu.
Madu berupaya meningkatkan hemoglobin dalam darah.
Hemoglobin merupakan protein yang terdapat dalam sel-sel darah merah
yang memainkan peranan penting dalam membawa oksigen ke seluruh
jaringan tubuh. Manakala zat besi pula merupakan komponen esensial
daripada hemoglobin. Hemoglobin rendah, otak kurang oksigen dan
menyebabkan pening/mabuk.
3. Bukan nak promote, tapi ada kebenarannya.Minum air 100 plus,
pastikan puan buang gasnya dulu. Buka penutup dan biarkan semalaman
dalam peti sejuk.Puan boleh minum bgitu saja, atau bekukan dalam freezer
(dlm ice cube tray).Bila puan rasa nak muntah/loya, ambil seketul dan hisap
Rasa sejuk akan buat mulut/tekak sedikit kebas, jadi rasa loya akan berkurangan.
100 plus juga mampu menggantikan cecair dan seimbangkan garam-garam
galian dalam badan yang hilang akibat muntah.
4. Buah pala penawar untuk menghilangkan rasa loya, pening-pening atau
tanda-tanda lain yang berkaitan dengan pitam. Saya dah cuba yang ini, memang
berkesan, cuma susah nak jumpa buah pala dijual di sini (kawasan saya)
5. Amalkan memakan kurma, anggaran 7 biji sehari. Insya Allah, mabuk akan
kurang (memang berkesan!)
6. Minum air teh o panas, dengan sehiris halia. Halia diketuk, sebelum
direndam dalam air teh.
7. Ambil seinci halia, sebatang serai, 2-3 kuntum bunga cengkih, kayu
manis, masukkan ke dalam segelas air mendidih, masukkan seketul gula batu,
tutup. Minum waktu pagi dan malam.
8. Ambil segenggam daun kari. Kisar menjadi jus. Campur jus tersebut
dengan limau nipis dan satu teh gula. Minum setiap pagi. Insya Allah rasa
loya tekak akan hilang.
Tapi sebenarnya, petua yang paling bagus diamalkan, sebelum conceive lagi,
minta suami berniat seikhlas hati, jika kita mengandung, minta
mabuk/loya/pening tu ditanggung juga oleh suami. So, mabuk/loya/pening akan
berpindah kepada suami. Penting, suami kena ikhlas, kalau tak ikhlas,
mungkin tak jadi.
Ok...selamat mencuba tips di atas...untuk lebih banyak tips boleh ler
search di Google yer..
1 luv 4 me:
jaga diri ye sahabat :)
Catat Ulasan