BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Isnin, 14 Mac 2011

Potato Spring Dan Puding Susu Buah-Buahan

As salam semua.......

Hari ni mood makan,lapar je sepanjang hari
ni bukan kes mengandung pun,kes perut tak reti bahasa
pagi dah makan lontong,tengahari kenyang lagi
petang makan mee bandung dan soto
kongsi 3 beranak dengan en. suami dan harraz

Petang tadi teringin pulak nak buat puding
suruh en. suami pergi kedai beli bahan
tup2 balik kedai,bawak sekali potato spring!
waaaaaaa..sedapnya!perisa cheese!
selama ni teringin sangat nak makan
ada tengok dalam tv je,tak sangka pulak
dah ada jual kat taman ni...hoorey!

Sabtu, 12 Mac 2011

Ngidam Asam Jawa Terengganu

As salam semua..............

Bila mengandung ni memang ngidam yang bukan-bukan
kalau yang senang cari,takpe lah...senang beli kat kedai
kalau jenis yang kena turun bukit  naik gunung...payah!
masa 1st pregnant,saya ngidam daging landak
sampai sekarang tak dapat lagi..sebab tu harraz keluar air liur..
apa kena mengena dengan mengidam..entahlah!

La ni saya nak sangat asam jawa pantai timur nu.........
dulu masa duduk kuantan,kalau pergi terengganu
suka sangat dengan asam jawa kering ni
orang terengganu pun ada yang tak suka
tapi saya punya suka...jangan cakaplah..

Jumaat, 11 Mac 2011

Minta Maaflah Terbenci Sekejap Dengan En. Ben Ashaari

As salam semua...........

Korang percaya tak dengan tajuk entry ni?
harap korang percayalah...ni betul2 ni
bagi peminat2 tegar en. Ben janganlah hunus pedang lak
ingat saya ni ibu mengandung...hah...ada berani?

Sebelum ni sayalah pembaca setia blog en. Ben ni
setiap kali entry dia keluar yang entah berapa kali sehari tu
setiap kali tulah saya akan klik blog tu tanpa segan silu
pernahlah 1-2 tinggalkan komen,yang lain baca dengan senyap
setiap tutur kata en. Ben ni...ermm...penulisanlah lebih tepat
akan menusuk2 ke jantung saya ni,sungguh menggoda
menggoda untuk membaca lagi,bukan ketak badannya!

Background Baru Buat Kali ke 14 Ratus..hehe!


As salam semua..........

Hari ni rasa kerajinan tahap melampau-lampau
jadi pergunakan kerajinan tu dengan memilih
background baru yang lebih menarik
kalau korang tak tertarik pun takper...
ada aku kesah?hehe!

Akhirnya background love2 ni jugak best
sesuai lak dengan tagline blog ni kan
cutelovestories.....
hah...harap korang sukalah..
tak suka pun takper....
korang jeling2 jer...




Rabu, 9 Mac 2011

Minum Air Gula....Oh Tidak!!!

As salam semua...............


Esok bermulalah episod lawatan ke klinik untuk saya
setiap kali pergi klinik hati ni mesti nak berdebar2..
sebabnya...entah saya pun tak tahu..salah satu fobia kot
ada tak jenis fobia takut pergi klinik..hehe!
tapi saya memang fobia pergi klinik dan bank..kuang2!
ntah apa2 jer...dari kecik sampai besor gedegang ni..


Minum air gula??oh no!
memang saya tak suka prosedur ni..huhu!
takde ke cara lain nak test penyakit2 ni semua..
bagi korang yang tak pernah melalui perkara ni..
minum air gula ni wajib untuk pemeriksaan awal
nak tengok ler kita ni ada kencing manis ke tidak

Isnin, 7 Mac 2011

Perkembangan Baby Dalam Perut Episod 1

As salam semua........

Korang tahu macam mana janin boleh terbentuk?
"op koz" ler selepas kita bersama...tet!
tapi perkembangan telur yang telah menerjah masuk tu..
hah..hari ni dengan semangatnya ibu mengandung ni
nak bercerita sikit...sila dengar semua!
bagi yang dah tahu baguslah,
yang belum tahu,tengok betul2...hehe!
tapi yang halal je tau...yang "harem! awas~~

ok..gambo2 kat bawah ni nanti semua kredit 2 blog 
perkembanganjanin.blogspot....

Sabtu, 5 Mac 2011

Harraz Pergi Tuisyen Matematik Ok!

As salam semua....


Minta maaf yer lama betul saya tak "hapdate" blog ni..
sejak saya berbadan dua ni memang rasa malas sangat
nak tengok blog..kepala rasa berpuisng2...adusss!
tapi hari ni saya paksakan diri juga walaupun ada rasa
nak termuntah dah ni..hehe!


Selasa dan rabu lepas saya tidur di rumah akak
terpaksa menjalankan tanggungjawab sebagai "the nanny"
buat sementara waktu...wah,kacau bilau di buatnya!hehe!
ala maklum Harraz dengan Aqeela ni memang musuh ketat..
sabar aje lah melayan kerenah masing2..

Selasa, 1 Mac 2011

Harraz Sudah Pandai Solat

As salam semua........

Apa perkara yang paling menggembirakan hati kita sebagai ibu bapa..pastinya kelakuan
anak kita yang semakin membesar di depan mata dengan bermacam ragam yang boleh mencuit hati
atau tercekik tulang dengan kerenah setiap hari..hihi..Semalam Harraz memang menggembirakan hati saya.
Walaupun kesihatan dia kurang baik,selsema tak kering2 lagi...tapi keletah dia yang semakin ligat dan nakal
bisa mengundang senyum atau marah...malahan menjadi penawar buat kita yang kononnya dah dewasa sangat ni..

Isnin, 28 Februari 2011

Paparoti Atau Mamaroti?

As salam semua..........

Alhamdulilah,tuan tanah blog cutelovestories ni dah sihat
dah boleh nak mengadap laptop..hihi...berkat doa semua
so...untuk entry pertama selepas sembuh, entry makanan.hihi!
bukan apa buat penaik semangat...bukan penaik badan yer...
(haha..alasan!)

Ahad, 27 Februari 2011

Betul Betul Sakit

As salam semua..........


Terima kasih yer linda ucapkan
pada blogger2 yang masih sudi menjengah blog ni
walaupun tuan tanah tak sempat berupdate berhari hari
linda bukan sengaja,malas atau tiada kesempatan
tapi...........saya memang sakit,tidak berapa sihat


Doakan yer kesihatan saya beransur pulih seperti biasa
tak larat rasa nak menanggung tetapi gagahkan juga
masih ada tanggungjawab pada anak dan en. suami
kalau masih bujang,mahu makan tidur saja di buatnya!


Memang tak larat nak menaip panjang...
bila kesihatan saya dah beransur baik
saya akan blogwalking laju2 yer!hehe!






Rabu, 23 Februari 2011

Tersepit Celah 2 Lori!

As salam semua................


Alhamdulilah,masih lagi bernafas...
kalau tidak,tak dapat ler pulak update entry ni
masih di beri peluang bernafas di bumi Allah ni
masih di beri peluang untuk melihat panorama
indah yang Allah cipta...
masih di beri peluang untuk menambah ibadah
yang terlalu sedikit berbanding dosa.....!


Perasaan megah sentiasa jadi penghalang manusia
bila ada di atas,di bawah lupa di jenguk
bila ada duit berlebihan,lupa untuk meghulur bantuan
bila ada emas berkepuk,lupa membayar zakat harta
bila ada pekerjaan baik,lupa dengan kerja yang kotor
bila ada kenderaan yang besar,lupa sengsara yang kecil

Selasa, 22 Februari 2011

Give Away Dari Magrib



KLIK SINI kalau nak joint yer...
dah nak tutup dah...28hb Feb 2011

Magrib suruh buat entry ringkas jer....ahh...x kira nak panjang lebar gak...

kenapa nak masuk give away ni :

jawapan jujur~~ 
nak hadiah dari singapore!

jawapan kurang benar tapi kenyataan~~ 
sebab saya suka sembahyang maghrib!
sebab tu nak joint give away dari magrib....
selain tu saya juga suka baca blog magrib...
banyak ilmu ilmiah(ayat nak menang!)

follow blog~~ 
lama dah follow dengan ikhlasnya!

sesi mengetag~~ 
pilih anak sedara sendiri,kalau dia menang leh share hadiah(strategy!)



p/s: pilihlah ibu mengandung jadi pemenang...banyak pahala tu!


Isnin, 21 Februari 2011

Berak Bawah Pokok!

As salam semua.......


Lama rasa tak buat entry mengimbas cerita kecik2 dolu..
semenjak mabuk2 ni,nak pandang laptop pun tak boleh
apatah lagi nak berblogwalking...alamak berkayuh ler
nak sampai...huhu!
tapi di sebabkan sayang dengan blog ni
laratkan diri jugak nak buat entry ni...hah,kena baca yer
hargai ler ibu2 mengandung ni...hehe!


Masa saya kocik2 dulu saya ni manja yang amat!
walaupun ada adik lelaki bawah saya,pedulik hapa
buat2 tak pandang2 je adik tu,mak dengan ayah bosan je
nak pergi ke mana semua nak ikut,kalau tidak conpem
1 felda dengor suara saya yang manja2 garau tuh!