BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sabtu, 5 Februari 2011

ENTRY KHAS~~Dilema Si Hitam Manis~~

As salam semua.......


~~tolong baca dengan sabar,entry ni agak panjang~~


Seperti yang kita tahukan,macam2 warna rakyat jati Malaysia ni..
saya fokuskan kepada orang melayulah..ada kena mengena dengan ini wayang
ada yang putih melepak..mungkin sebab ada campuran dengan cina..
tapi ada juga yang memang melayu asli tapi memang putih bersih,
ada yang gebu2 merah,ada yang hitam manis...like me!
ada yang hitam tak berapa manis..hehe..takdalah...jokes!
senang kata bermacam2 jenis warna kulit kita boleh lihat..


Ok..sekarang nak cerita pasal hitam manis..
izinkan saya berpantun dulu...
"hitam2 si tampuk manggis"
"walaupun hitam di pandang manis"...ececehhh..
mengikut keturunan saya,sebelah ayah boleh di katakan semua hitam manis
ada campuran jawa,melayu dan sedikit mamak..
sebelah emak cerah2 kuning langsat campuran melayu dan bugis..




Dalam adik beradik saya,terbahagi 2..ada yang cerah ada yang hitam manis..
saya conpem2 tergolong yang hitam manis..
Dilema masa kecik~~selalu kena ejek hitamlah,gelaplah..huhu.sedih tau!
dulu akak dengan arwah abang selalu cakap saya anak angkat
sudahlah hitam,banyak bulu pulak tu..hua..hua!
nak pakai skirt pendek @ seluar memang patut di lupakan..
tapi ada pakai jugak,mak selalu buatkan..tapi cover2lah..hihi


Dilema masa alam persekolahan~~zaman ni memang menyakitkan hati..
semua mulut memang laser masa sekolahkan,lebih2 lagi lelaki..
adatlah dah kata gelap,tepek ler bedak banyak sikit..
dah di panggil tepung gomak pulak..haru betul!
kaum2 perempuan yang putih2 lak sindir ayat ni..


"ehh..linda apesal kau ni ramai peminat walaupun kau hitam"


ok..cukup sakit hati tak..tapi ini memang kenyataan..
masa sekolah dulu,memang antara top ten sekolah,
glamer ok akak korang ni...walaupun tak berapa cerah..


Dilema masa di pengajian tinggi~~kes yang sama juga berulang..
apa yang berlaku masa sekolah,itulah juga yang berlaku di IPT..
soalan2 hangit conpem keluar dari mulut yang tak puas hati..
bayangkan saya baca bismillah dengan selawat sebelum bersolek pun di jadikan isu..
tersebarlah gossip saya pakai penyeri mukalah,susuklah...
hai..kalau ingat2 balik memang nak bagi se das je kat siapa yang sebar fitnah tu..
nak buat macam mana..dah orang ramai suka,salah saya ke...huhu!


Dilema masa bekerja~~masih tak berhenti lagi kes2 macam ni..
member baik saya sendiri pernah tanya soalan macam ni..


"linda..kau anak beranak memang ada amal ilmu apa2 ke,sebab aku tengok
kau,akak kau dengan emak kau kalau pandang manis jer"


"dalam hitam2 manis kau ni pun ramai peminat,hairan aku"


Ok..cerita ni bukan nak angkat bakul sendiri yer,
tapi kisah yang benar2 berlaku..tak caya tanyalah kawan2 baik saya semua
sebenarnya saya pun takda jawapan untuk soalan itu semua..
saya memang tiada amalkan apa2 ilmu ke,susuk bagai ke..
saya cuma ada keikhlasan hati bila berkawan...hua...hua!
bak kata artis.."sentiasa ada air sembahyang kat muka"..hihi!ok..ni tipu..
takkanlah sentiasa ada,saya pun manusia biasa..ada masa terkhilaf!


Tentang pilihan lelaki,memang saya akui saya tak suka lelaki cerah,
sebab dulu pernah sekali bekas pakwe mix chinese..
jenuh setiap keluar nak pakai baju lengan panjang,nak cover lengan..huhu!
tapi sebab sebenar saya suka lelaki hitam manis nampak gagah jer..haha!
termasuklah en. suami..walaupun berat badan nak sampai 50kg pun payah...
gagah jugalah di hati saya...hehe!


Apap pun,walau bagaimana sekali pun keadaan diri kita,
itu semua tak memberi erti,yang di bawa hanyalah amalan kita,
bukan kecantikan atau keserian muka yang bersifat sementara..
yang ada kelebihan,hormatilah yang ada kelemahan,
tidak semua kelebihan kita membawa kebaikan pada kita,
yang ada kelemahan jangan jadikan ia sebagai penghalang kejayaan..
kita semua sama di mata Nya....sebagai manusia kerdil di bumi Allah ni..
kita masih sama segalanya,duduk sama rendah.....!!


Doakan yer kebahagiaan pasangan si hitam2 setampuk manggis ni..:)















2 luv 4 me:

CIK TOM berkata...

hitam manis tue menawan...

zubir othman berkata...

hitam atau putih warna kulit bukan ukuran Allah di akhirat tetapi amalan yang dilakukan ketika diberikan hayat didunia
semoga berjaya dunia akhirat

Salam new blogger

nice blog...hehehe

jom singgah blog saya

http://zubir5588.blogspot.com
\segala komen dan cadangan adalah amat dialu-alukan...tq