Isnin, 28 Februari 2011
Paparoti Atau Mamaroti?
Posted by LINDA ALEEQA at 00:12 1 luv 4 me
Labels: resepi
Ahad, 27 Februari 2011
Betul Betul Sakit
As salam semua..........
Terima kasih yer linda ucapkan
pada blogger2 yang masih sudi menjengah blog ni
walaupun tuan tanah tak sempat berupdate berhari hari
linda bukan sengaja,malas atau tiada kesempatan
tapi...........saya memang sakit,tidak berapa sihat
Doakan yer kesihatan saya beransur pulih seperti biasa
tak larat rasa nak menanggung tetapi gagahkan juga
masih ada tanggungjawab pada anak dan en. suami
kalau masih bujang,mahu makan tidur saja di buatnya!
Memang tak larat nak menaip panjang...
bila kesihatan saya dah beransur baik
saya akan blogwalking laju2 yer!hehe!
Posted by LINDA ALEEQA at 09:32 0 luv 4 me
Labels: pregnant
Rabu, 23 Februari 2011
Tersepit Celah 2 Lori!
As salam semua................
Alhamdulilah,masih lagi bernafas...
kalau tidak,tak dapat ler pulak update entry ni
masih di beri peluang bernafas di bumi Allah ni
masih di beri peluang untuk melihat panorama
indah yang Allah cipta...
masih di beri peluang untuk menambah ibadah
yang terlalu sedikit berbanding dosa.....!
Perasaan megah sentiasa jadi penghalang manusia
bila ada di atas,di bawah lupa di jenguk
bila ada duit berlebihan,lupa untuk meghulur bantuan
bila ada emas berkepuk,lupa membayar zakat harta
bila ada pekerjaan baik,lupa dengan kerja yang kotor
bila ada kenderaan yang besar,lupa sengsara yang kecil
Ok..cukup madah kat atas tu untuk luahan hati hari ni
yer....saya tahu saya bertayar dua jer...
yer...saya tahu saya tak boleh speed macam dulu lagi
yer..saya tahu awak nak memotong motor saya
tapi agak2 lah weiiiiiiiiiiiiiii!
Hormatlah sikit saya yang terselit kat tengah2 ni
nak memotong,lori kelapa sawit sepanjang2 kat depan
awak dekat belakang saya sebuah lori besar giler!
saya takut tau...awak tahu tak saya kepit anak saya!
saya tutup muka dia dengan baju sejuk ayah dia
sebab habuk yang awak tinggalkan masa memotong
memang dasyatttttttttttt!
Saya cuma nampak lampu lori depan je
awak memotong dahlah cara merbahaya
sampai lori kelapa sawit tu nak terbabas ke tepi
habuk jangan cakaplah,jalan dahlah berdebu
kopak sana kopak sini..semua angkara lori macam awak
tapi awak peduli apakan....awak besarrrrrrrrrr!
suka hatilah nak buat apa.....
sesungguhnya saya tidak sabar nak tunggu kereta baru keluar
sekurangnya awak akan hormat saya sikitkan..
tapi................cubalah hormat orang boleh
kalau awak terbabas tadi bukan saya juga yang nak menolong
saya tak macam awak tiada hati perut!
tiada kemanusiaan!
Posted by LINDA ALEEQA at 20:00 0 luv 4 me
Labels: lepas geram
Selasa, 22 Februari 2011
Give Away Dari Magrib
Posted by LINDA ALEEQA at 00:00 2 luv 4 me
Labels: contest
Isnin, 21 Februari 2011
Berak Bawah Pokok!
As salam semua.......
Lama rasa tak buat entry mengimbas cerita kecik2 dolu..
semenjak mabuk2 ni,nak pandang laptop pun tak boleh
apatah lagi nak berblogwalking...alamak berkayuh ler
nak sampai...huhu!
tapi di sebabkan sayang dengan blog ni
laratkan diri jugak nak buat entry ni...hah,kena baca yer
hargai ler ibu2 mengandung ni...hehe!
Masa saya kocik2 dulu saya ni manja yang amat!
walaupun ada adik lelaki bawah saya,pedulik hapa
buat2 tak pandang2 je adik tu,mak dengan ayah bosan je
nak pergi ke mana semua nak ikut,kalau tidak conpem
1 felda dengor suara saya yang manja2 garau tuh!
Ada 1 hari raya aidilfitri yang paling bersejarah pernah di buat!
kalau tak silap masa tu umur saya dalam 8-9 tahun,lebih kurang le
ikut 'law' mak saya,hari raya ke 2 hari untuk menjengah sedara mara
selalunya turn kampung ayah saya,adik beradik ayah umah keliling je
senang le nak round beraya,tak payah pakai kereta,jalan jer...
Biasalah hari raya,setiap umah dah balun kuih dengan ketupat
belum lagi air sejuk,panas dengan air botol bodoh pelbagai
bila tiba turn umah adik perempuan ayah,Cik Tukir(ye..jawa yer)
perut ni memang tak boleh tahan dah..meragam giler!
cakap dengan ayah,nak berak(bahasa lembut buang air besar)
ayah macam dengar tak dengar je,almaklum sibuk berbual
nak cakap dengan emak jauh sekali,mak garangkan...takut ler!
Bila dah sampai tahap kronik,muka pun dah naik biru..
saya dengan sepantas kilat turun bawah rumah cari tandas
dalam tandas pulak ada sepupu,nak panggil segannn!
sebab sepupu sebelah ayah ni saya tak berapa rapat sangat
pikir punya pikir kat mana agaknya nak melepaskan bencana
dalam perut ni...!perut dah makin meradak dah...
hah...nampak pokok rambutan baik punya rendang
siap ada buah lagi bergayut2...rumah sebelah jauh sikit
Agak2 tengok line clear,apalagi terus ler mencangkung kat situ
sekali teran,keluar semua harta benda dalam perut tu..hehe!
sekali nak basuh pulak kat mana...nampak daun2 kering yang
gugur tu...calit ke b**** t tuh...hehe....kan senang!
bila dah siap,masuk rumah buat muka sedih!
tiba2 boleh nangis pulak,sebab mungkin baru sedar buat salah!
mak tanya kenapa...sebab saya jujur beritahu ler cerita sebenar
apalagi...dapat ler penampar sedas...hehe!
tapi macam biasa ayah ler yang pujuk..hehe...pergi bawak bilik air!
hua....hua.........moral of d' story...lain kali lepas berak bawah pokok
tak payah ler bagitau mak...hehe!
p/s:sampai sekarang cerita ni akan keluar bila pergi umah mak sedara ni
huwaaaaaaaaaaaaaa...tak rela!
Posted by LINDA ALEEQA at 11:52 0 luv 4 me
Labels: dolu-dolu
Jumaat, 18 Februari 2011
CONTEST NAMA BABY SAYA
HARRAZ FIEDTRI Ayah Harraz: HAMKA Ibu Harraz: HALINDA |
Posted by LINDA ALEEQA at 12:50 3 luv 4 me
Labels: contest
Khamis, 17 Februari 2011
Mabuk Tengok Skrin Laptop Dan Tips Hilangkan Mabuk
As salam semua........
Minta maaf kepada blogger yang blogwalking di cutelovestories..
dah takda cerita2 cute yang keluar di entry..
takda entry2 terbaru yang panas atau suam2 kuku..
sesungguhnya saya amat2 memerlukan rehat sekarang..
saya mabuk tengok skrin laptop............huhu!
ini cerita benar yer...bukan cobaan..hehe!
Sekarang saya masih di trimester pertama kehamilan..
saya memang mabuk teruk kali ni..
wahh...Allah mahu menguji saya dengan kesakitan ni..
beruntung saya di timpa mabuk awal2 lagi
walaupun perit nak melalui..
saya redha,saya menganggap inilah ujian Allah
yang ingin menghapus dosa2 saya..Amin!
Untuk makluman yang belum tahu,belum kawin ke,
kaum lelaki yang dah bersuami yang buat2 tak paham ke..
isteri bila mabuk semasa hamil memang azab yer..
tolonglah paham dan mengerti masalah isteri kamu yer..
mabuk,loya dan muntah semasa hamil memang mencabar..
dari segi mental dan fizikal..jadi sokongan suami amat perlu!
Nak bagi tips hilangkan rasa loyalah..
tadi saya search,terjumpa di sahabat interaktif..
sebab saya tak larat saya copy jer ayat dari sana..
1. Pada usia kehamilan minggu pertama - minggu ke 10,
ibu yang hamil amat memerlukan zat besi.
Dengan zat besi tersebut ianya dapat membantu ibu hamil
untuk menghilangkan rasa loya, muntah-muntah serta alahan
Ambil pil zat besi sebiji sehari bersama vitamin C.
Vitamin C membantu penyerapan zat besi.
Banyakkan pengambilan sayuran warna hijau tua
yang kaya dengan zat besi.
2. Amalkan madu, sesudu pagi (dan sesudu malam - optional)
ambil semasa perut masih kosong. Pastikan puan tidak mengambil
apa-apa minuman/makanan setengah jam selepas minum madu.
Madu berupaya meningkatkan hemoglobin dalam darah.
Hemoglobin merupakan protein yang terdapat dalam sel-sel darah merah
yang memainkan peranan penting dalam membawa oksigen ke seluruh
jaringan tubuh. Manakala zat besi pula merupakan komponen esensial
daripada hemoglobin. Hemoglobin rendah, otak kurang oksigen dan
menyebabkan pening/mabuk.
3. Bukan nak promote, tapi ada kebenarannya.Minum air 100 plus,
pastikan puan buang gasnya dulu. Buka penutup dan biarkan semalaman
dalam peti sejuk.Puan boleh minum bgitu saja, atau bekukan dalam freezer
(dlm ice cube tray).Bila puan rasa nak muntah/loya, ambil seketul dan hisap
Rasa sejuk akan buat mulut/tekak sedikit kebas, jadi rasa loya akan berkurangan.
100 plus juga mampu menggantikan cecair dan seimbangkan garam-garam
galian dalam badan yang hilang akibat muntah.
4. Buah pala penawar untuk menghilangkan rasa loya, pening-pening atau
tanda-tanda lain yang berkaitan dengan pitam. Saya dah cuba yang ini, memang
berkesan, cuma susah nak jumpa buah pala dijual di sini (kawasan saya)
5. Amalkan memakan kurma, anggaran 7 biji sehari. Insya Allah, mabuk akan
kurang (memang berkesan!)
6. Minum air teh o panas, dengan sehiris halia. Halia diketuk, sebelum
direndam dalam air teh.
7. Ambil seinci halia, sebatang serai, 2-3 kuntum bunga cengkih, kayu
manis, masukkan ke dalam segelas air mendidih, masukkan seketul gula batu,
tutup. Minum waktu pagi dan malam.
8. Ambil segenggam daun kari. Kisar menjadi jus. Campur jus tersebut
dengan limau nipis dan satu teh gula. Minum setiap pagi. Insya Allah rasa
loya tekak akan hilang.
Tapi sebenarnya, petua yang paling bagus diamalkan, sebelum conceive lagi,
minta suami berniat seikhlas hati, jika kita mengandung, minta
mabuk/loya/pening tu ditanggung juga oleh suami. So, mabuk/loya/pening akan
berpindah kepada suami. Penting, suami kena ikhlas, kalau tak ikhlas,
mungkin tak jadi.
Ok...selamat mencuba tips di atas...untuk lebih banyak tips boleh ler
search di Google yer..
Posted by LINDA ALEEQA at 21:12 1 luv 4 me
Labels: pregnant
Isnin, 14 Februari 2011
Pinky Episod 2,Anugerah Allah
As salam semua.....
Saya dah berjanji sebelum ni,kenapa saya kembali kepada pink..
warna yang lebih ceria dalam blog saya..berbanding sebelum ni..
dengan malu2 kambing saya ingin memberitahu saya sekarang
sedang membawa 1 lagi anugerah Allah dan amanat dari Nya..
Tanpa di jangka,malahan tidak terduga sama sekali..
saya berpeluang memegang amanah Allah ni..
saya telah di sahkan pregant @ dalam bahasa mengandung..hehe!
Alhamdulilah........memang saya tidak sangka sama sekali
dalam masa hampir 2 tahun saya di beri peluang ini sekali lagi
Kenapa saya kata tidak di duga..
kerana semasa kandungan pertama dulu,saya mengalami komplikasi
yang agak teruk..sepanjang 9 bulan mengandung,saya memang bermasalah
rumah ke hospital kluanglah..tiap 2 minggu date dengan doktor pakar
saya juga pernah di masukkan ke ICU seminggu,itu saat paling teruk..
sehingga di beritahu saya akan kehilangan anak di dalam kandungan..
masa tu memang sedih...tapi alhamdulilah..baby saya kuat!
Allah memang maha berkuasa,kita ni manusia mampu merancang..
terbukti selama ni kata2 doktor tidak menjadi ampuh
jangkaan saya tidak berpeluang mengandung lagi sudah lenyap
apa yang saya harap..saya di kurniakan kesihatan yang baik
tiada komplikasi yang teruk kali ini berbanding dulu
doa dari keluarga,kawan2 semua amat saya hargai
doa dari blogger2 juga jika ada lagi saya hargai..
harapan menggunung...kali ini biarlah anak pompuan pula..huhu!
so...........pinky kembali lagi!hehe!
Posted by LINDA ALEEQA at 11:04 1 luv 4 me
Labels: pregnant
Ahad, 13 Februari 2011
Harimau Mati Meninggalkan Belang,Hosni Mubarak Jatuh.........
Posted by LINDA ALEEQA at 14:20 0 luv 4 me
Labels: isu terkini
Sabtu, 12 Februari 2011
Pinky Kembali Lagi
Posted by LINDA ALEEQA at 23:38 1 luv 4 me
Labels: pregnant
Jumaat, 11 Februari 2011
Istimewa Dan Pelik Kampungku
As salam semua...............
Terasa rindu dengan suasana kampung 20 tahun lalu..
rumah arwah atuk sebelah ayah dekat simpang rengam,parit 3
dekat dengan kawasan pertanian nenas yang kita belajar
geografi zaman sekolah-sekolah dulu..
kampung saya tu memang jauh ke pendalaman
depan rumah atuk ada sungai mengalir deras
banyak sangat harta karun dalam tu
sebab keluarga saya selalu tercicir barang kemas masa mandi..hehe
Dulu,masa hayat atuk,atuk ada 2-3 buah basikal tua
kalau balik kampung saya dengan arwah abang memang suka
ronda keliling kampung dengan basikal tua atuk..
wah...dia punya glamer jangan cakaplah..konon2 orang bandar
masuk kampung...dengan kasut tumit terbenam dalam tanah gambut..
sedangkan takdalah glamer sangat pun..tapi kalau di bandingkan penampilan
orang kampung dengan kami,memang jauh berbezalah..sekarang tidak lagi
orang kampung lagi bergaya dengan orang luar..hihi!
Kampuang atuk pun lambat sangat terima bekalan elektrik
kalau malam nak pergi buang air tandas jauh belakang rumah
setiap kali nak pergi,memang adventure
macam nak meredah hutan persiapannya,
paling tension kalau sakit perut tengah malam2 buta..
memang tahanlah sampai pagi!
Yang pelik juga di kampung,siang memang banyak betul nyamuk
malam pulak 1 nyamuk pun takda...memang hairan bin ajaib!
agak ke manalah nyamuk tu pergi ya malam hari..
mesti lepak dekat kedai tengok wrestling..hehe!
Dulu sebelah rumah atuk rumah moyang..
saya sempat kenal dengan moyang keturunan saya..
moyang duduk sendiri,masak sendiri
dia tak nak duduk dengan orang lain,berdikari
begitu juga atuk...sejak nenek meninggal,atuk duduk sendiri
saya pun tak wujud lagi masa nenek meninggal
atuk tak pernah kahwin lain..setianya atuk!
Sekarang,kampung dah berubah..
tanah gambut tetap sama tapi jalan dah bertar
sungai dah cetek,tiada lagi orang berpusu mandi
basikal tua dah hilang ke mana
rumah atuk menunggu menyembah bumi
pakcik zin anak atuk duduk rumah atuk sekarang
tapi pakcik ada masalah jiwa,rumah tak terurus
belakan air dah terputus,baru-baru ni banjir
separuh rumah atuk tenggelam
sampai bilakah rumah atuk berpasak di bumi
rindu dengan atuk!rindu dengan kampung!
suatu hari saya juga akan menjejaki atuk..
kekal di sana....................
Posted by LINDA ALEEQA at 12:53 1 luv 4 me
Labels: dolu-dolu
Rabu, 9 Februari 2011
Resipi Daging Lembu Salai
Posted by LINDA ALEEQA at 19:39 0 luv 4 me
Labels: resepi
Sesungguhnya Aku Sensitif~~
Posted by LINDA ALEEQA at 19:08 0 luv 4 me
Labels: luahan hati